Wednesday, April 16, 2008

Wednesday, April 2, 2008

Majlis Fatwa sokong boikot produk Belanda

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM

SEPANG 2 April - Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan membantah penerbitan filem Fitna serta menyokong tindakan memboikot barang buatan Belanda.
Anggota majlis itu yang juga Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu sebagai satu bentuk protes terhadap negara yang mengeluarkan filem menghina Islam tersebut.
Katanya, tindakan memboikot boleh dilakukan ke atas perdagangan yang menjadi dasar hubungan antara kedua-dua negara.
''Filem Fitna ini betul-betul fitnah kepada kita (orang Islam).
''Hubungan kerajaan antara kerajaan lain adalah menerusi perniagaan, jadi kita perlu boikot barang mereka sebagai satu tunjuk perasaan kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ), Datuk Noh Gadot; Pengerusi Lajnah Penyemakan dan Percetakan Teks al-Quran, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor; Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Che Din Yusoh dan Ketua Penolong Setiausaha Unit Kawalan Teks al-Quran, Wan Marsita Wan Sudin.
Mengulas lanjut, Harussani yang juga Pengerusi LPPPQ berkata, umat Islam dilarang mencaci agama lain namun sebagai orang Islam, mereka diwajibkan menyatakan kebenaran dan mempertahankannya.
Menurutnya, umat Islam perlu membantah segala fakta yang tidak sahih mengenai kitab suci al-Quran yang menjadi pegangan umat Islam dan memusuhi mereka yang cuba menyalahtafsirkan kandungan al-Quran.
Jelasnya, penerbitan filem yang berunsur sensitiviti agama boleh mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan menjejaskan hubungan antara negara Islam dan bukan Islam.
''Islam menyuruh kita mempertahankan kesucian agama dan kita perlu membantah niat tidak baik musuh yang mahu menjatuhkan umat Islam," katanya.
Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu mengkritik dan menghina agama Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatarbelakangkan imej pengganas.

Dutch Lady bantah Filem Fitna.


JIKA ADA DI KALANGAN ANDA YANG MENYENARAIKAN BARANGAN DUTCH LADY UNTUK DIBOIKOT, ANDA MUNGKIN PERLU MENJUSTIFIKASIKAN TINDAKAN ITU DENGAN KENYATAAN RASMI YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHD YASSIN, PENGERUSI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD:Klik di sini untuk membaca teks penuh.



Saya sinopsiskan sebagai berikut:
Dutch Lady membantah perbuatan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga. Dutch Lady sudah berada di pasaran semenjak 50 tahun yang lalu. Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia Dutch Lady juga mempunyai 660 kakitangan rakyat tempatan. Produk Dutch Lady dihasilkan di kilangnya di Petaling Jaya.
Maka, sejauh manakah tindakan anda memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang anda nak hukum? Saya khuatir, perbuatan boikot konteks kes Belanda ini, adalah suatu KEZALIMAN!

Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?

Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.

Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.

Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?
Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!



Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.
The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.
The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.
We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.
Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.
We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.
The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’
[http://www.government.nl/News/Press_releases_and_news_items/2008/March/Government_s_reaction_to_Wilders_film]








REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.
Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.
Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.
Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.
ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.
Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.






PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.
Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.
Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.
Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.
ASAS PERTIKAIAN
Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.
Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan ancaman Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.
Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.
Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?


REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH
Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.
Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”
Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.
Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.
Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

Isu Filem Fitna.



~CaHaYa_KeBaJiKaN~
Terhadap sesama manusia, jadilah kalian laksana pohon.. mereka melemparinya dgn batu tetapi pohon itu membalas lemparan tersebut dgn buahnya..


DAKWAH FARDHIAH- Marhalah ketiga »
Filem Fitna: Islam dipijak terang-terangan
Assalamu’alaikum w.b.t Ikhwah Akhawat yang dikasihi ALLAH sekalian…
Isu “FITNA” sangat mengejutkan lantaran dengan KEBIADAPAN mereka MENGHINA agama ISLAM secara terang-terangan….
Apakah pendirian kita sebagai MAHASISWA/I yang di TARBIYAH berkenaan isu ini….? Adakah isu ini dianggap KECIL oleh MAHASISWA/I di IPT… atau kita diSIBUKkan dengan STUDY dan EXAM hingga melupakan TANGGUNGJAWAB UTAMA kita…? Apakah pendirian KITA terhadap isu ini…? Apakah TINDAKAN yang boleh kita ambil terhadap isu ini….?
===========================================
Keseriusan golongan anti-Islam dalam menyuarakan pendapat teramat melampau sejak akhir-akhir ini. Atas alasan kebebasan bersuara, golongan ini sesuka hati mengekspresi kritikan dan kutukan terhadap Islam terutama terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan al-Quran al-Karim.Filem Fitna yang diterbitkan oleh ahli parlimen Belanda, Geert Wilder, memberi reaksi yang sangat sensitif kepada umat Islam di seluruh dunia. Filem 15 minit ini yang dilancarkan pada Khamis lalu mengutuk 4 ayat di dalam al-Quran yang kononnya pada dakwaan Wilder membawa kepada keganasan.
Filem ini disiarkan di internet tetapi ditarik balik oleh LiveLeak.com pada Jumaat lalu. Penarikan ini hanyalah lakonan semata-mata kerana filem ini telahpun dimuat turun dan disebarkan melalui laman web perkongsian fail (file-sharing sites). Dalam filem ini juga dimuatkan klip tragedi September 11, pengeboman keretapi bawah tanah di Britain, dan tragedi-tragedi pengeboman lain yang berkait dengan Islam. Fitnah FitnaAyat-ayat al-Quran yang dikecam dalam filem ini ialah surah al-Anfâl ayat 60, surah an-Nisâ’ ayat 56, 74 dan 89. Di sini saya akan terangkan maksud ayat-ayat di atas.
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”. [QS al-Anfâl 8:60]
Filem ini memaparkan perkaitan peristiwa September 11 dengan surah al-Anfâl di atas. Dakwaan surah di atas memberi semangat kepada umat Islam untuk menyerang dan membunuh golongan bukan Islam ternyata menyeleweng daripada makna sebenar surah ini. Dalam ayat di atas, Allah s.w.t menyuruh umat Islam bersedia dan memerangi golongan yang menceroboh kesucian agama Islam itu sendiri. Selama ini umat Islam tidak pernah sesekali mengutuk serta menyerang golongan kafir tanpa sebab. Penentangan Islam terhadap golongan ini adalah untuk mempertahankan agama, nyawa, dan maruah Islam itu sendiri. Kenapa pencerobohan Amerika, Israel dan negara-negara sekutu mereka tidak dikutuk apabila negara umat Islam diceroboh dan rakyatnya dilayan dengan zalim? “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.[QS an-Nisâ’ 4:56]
Ayat di atas juga digunakan dalam Fitna bagi membuktikan Islam mengajar kekejaman apabila Allah s.w.t menyatakan keadaan dalam neraka yang begitu dasyat. Ayat ini difokuskan oleh Fitna sebagai kayu ukur kekejaman yang diajar oleh Islam. Mengapa persoalan ghaib ini difokuskan oleh Fitna? Bukankah ayat-ayat yang menunjukkan keadilan dan kebaikan Allah s.w.t lebih banyak kepada golongan yang menerima kebenaran Islam itu sendiri? Penurunan ayat ini juga mestilah diterangkan melalui sambungan ayat ke-55 dan 57 dalam surah yang sama:
“Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi”.
[QS an-Nisâ’ 4:55-57]
Ayat ke-55 menerangkan segolongan kaum yang beriman dan segolongan lagi yang tidak beriman setelah sampai kepada mereka kebenaran. Dalam ayat ke-56 pula Allah s.w.t memberi amaran kepada golongan yang tidak beriman akan azab neraka yang amat dasyat. Ayat ke-57 pula Allah s.w.t memberi janji akan ganjaran syurga kepada golongan yang beriman kepada-Nya. Maka, tidak adilkah Allah s.w.t? Bukankah dalam ajaran Kristian juga menerangkan keadaan syurga dan neraka di dalam Bible? Mengapa al-Quran menjadi sasaran? “Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”.
[QS an-Nisâ’ 4:74]
Fitna juga menggunakan ayat di atas sebagai kecaman mereka terhadap pengebom berani mati yang sanggup menggadaikan nyawa demi membunuh golongan bukan Islam. Padahal ayat ini adalah amaran kepada umat Islam yang tidak mahu keluar berperang pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Ayat ini juga Allah s.w.t mewajibkan umat Islam berperang untuk membela kebenaran agama Islam itu sendiri. Betapa ramainya umat Islam di seluruh dunia ditindas dan Islam dihina tanpa sebab. Penghinaan akhbar Denmark terhadap Rasulullah melalui karikatur, pencerobohan Iraq, Afghanistan, dan negara-negara Islam lain, penindasan umat Islam di Selatan Thai, kezaliman terhadap umat Islam di Acheh, Mindanao, Ambon, dan wilayah-wilayah lain di seluruh dunia. Kenapa isu penindasan ini tidak difokuskan dalam media massa? Kenapa isu ini tidak mendapat liputan meluas dan dijadikan sandaran kepada realiti umat Islam sekarang? Tetapi al-Quran pula dijadikan sebagai sumber alasan kepada penentangan umat Islam apabila membela kesucian Islam. Media telah dikuasai oleh golongan yang jahil!
“Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong”.
[QS an-Nisâ’ 4:89]
Ayat di atas pula Allah s.w.t menyuruh umat Islam membunuh golongan musyrik yang enggan berhijrah ke Madinah. Golongan ini asalnya Islam tetapi murtad apabila dilanda demam Madinah. Mereka keluar Islam, dan seterusnya keluar dari Madinah. Penurunan ayat ini adalah sebagai ibrah kepada umat Islam terhadap pegangan kukuh ajaran Islam itu sendiri. Murtad yang terjadi boleh menyebabkan kerosakan struktur dan pemikiran masyarakat yang lebih kritikal. Di awal ayat ini juga Allah s.w.t memberi amaran kepada umat Islam terhadap niat jahat golongan anti-Islam yang sentiasa ingin mengkafirkan kita. Golongan kafir harbi (yang memusuhi Islam) inilah yang dimaksudkan dalam ayat ini. Golongan ini tidak perlu dijadikan penolong atas perkara-perkara yang berkaitan aqidah sahaja, bukan persoalan aktiviti harian biasa. Manakala golongan kafir zimmi atau mana-mana golongan yang meminta perlindungan daripada Islam mesti dijaga kebajikannya dan diberi perlindungan kepada mereka seperti yang disambung dalam ayat ke-90 surah yang sama.
Lakonan Fitna
Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende membuat kenyataan media tidak menyokong tindakan Wilder itu atas alasan khuatir umat Islam akan memprotes dengan ganas dan membunuh mereka. Balkenende juga meletakkan Belanda dan Wilder dalam keadaan berjaga-jaga supaya tiada malapetaka yang lebih buruk berlaku lagi selepas pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh pada tahun 2004.
Pembikinan filem ini memberi satu tamparan hebat kepada umat Islam terhadap perasaan golongan anti-Islam yang selama ini membawa sentimen keagamaan secara senyap. Penerbitan filem pertama yang mengutuk umat Islam oleh Theo van Gogh dikeluarkan pada tahun 2004. Filem ini mengisahkan kononnya penindasan ajaran Islam terhadap hak kaum perempuan dalam Islam itu sendiri. Reaksi yang hebat umat Islam seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya filem ini sehingga pembunuhan Gogh oleh Mohamed Bouyeri.
Persoalan utama di sini ialah kenapa Islam dijadikan sasaran kecaman dan kritikan yang begitu hebat daripada golongan ini (golongan anti-Islam)? Kenapa kesucian Islam harus dijadikan permainan dan senda gurau orang bukan Islam seperti melukis karikatur Rasulullah s.a.w? Kenapa Jesus atau tuhan agama lain tidak digambarkan jenaka sebegitu rupa? Adakah kebebasan suara begini yang mereka mahukan; kebebasan mengutuk Islam?!
Wilder juga merupakan ahli parlimen di Belanda yang memungkinkan propaganda Fitna ini adalah satu taktik kotor politik Wilder dalam menguasai atau mengeksploitasi dasar Belanda menggunakan isu jihad dalam Islam. Latar belakang Wilder juga harus dijadikan sandaran dasar pembikanan Fitna ini. Pentafsiran al-Quran dalam Fitna terlalu cetek pemahaman serta jelas kepesongan yang sengaja dibangkitkan sebagai isu besar. Keintelektualan Fitna langsung tidak ada membuktikan bahawa Wilder seorang yang tidak adil dan mempunyai agenda tertentu dalam isu antara agama dan politik Belanda. Realiti Agama
Dalam Islam aqidah menjadi tunjang utama menjalani kehidupan seharian. Pegangan ini adalah `hak seorang muslim’ dalam Islam itu sendiri. Maka setiap perkara yang dilakukan atau yang tidak dilakukan oleh umat Islam dipandu oleh aqidah yang dipegang tadi. Asas inilah yang memandu umat Islam ke arah mencapai hak beragama itu.
Agama-agama yang lain tidak digariskan satu pegangan yang teras dan tetap. Mereka sesuka hati boleh menukar agama mengikut citarasa dan selera sendiri. Malah mereka juga mengiktiraf agama lain seolah-olah Tuhan `sengaja’ mencipta banyak agama mengikut kesesuaian manusia padahal kebanyakan mereka ini adalah monoteistik! Tuhan yang mana satu mereka sembah? Aqidah yang mana mereka pegang?
Al-Quran berkali-kali menerangkan amaran Allah s.w.t kepada umat Islam agar berhati-hati terhadap sifat semulajadi golongan kafir. Kedengkian golongan kafir ini terhadap Islam yang suci lagi benar mewujudkan satu semangat kepada mereka untuk menentang Islam walau apa cara sekalipun. Cara yang lebih halus dan berkesan ialah melalui sudut dalam agama Islam itu sendiri. Maka terbitlah satu fahaman baru yang memamah aqidah umat Islam secara senyap dari dalam; Islam Liberal!

Solat Tahajud Pengubat Kanser



Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil peneliian Dr. Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.
Tidak percaya? "Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser", ucap soleh. Ayah dua anak itu bukan "tukang obat" jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam desertasinya yang bejudul "Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi". Dengan desertasi itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi posetif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.
Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai miseri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, bisa di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya". Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.
Soleh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya. Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondsi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. "Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees," Nah, menurut Soleh, orang yang strees(tekanan) itu biasanya retan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik
"Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah": (Al-Kautsar:2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?"

BuatMu Wanita

·
· ~wanita~

WANITA IBARAT EPAL
EPAL YANG TAK BERKUALITI AMAT MUDAH DIPEROLEHI
KERANA IA BERGUGURAN DITANAH
TAPI EPAL YANG PAYAH DIPEROLEHI BERADA DI PUNCAK
SUSAH DIPETIK
SUSAH DIGAPAI
SEHINGGAKAN TIADA SESIAPA YANG BERANI MEMETIKNYA
TERKADANG EPAL ITU RISAU
KENAPALAH AKU MASIH BELUM DIPETIK
LANTAS IA MENGGUGURKAN DIRINYA
MENYEMBAH TANAH
TETAPI IA LUPA BAHAWA ALLAH TELAH MENINGGIKAN MARTABATNYA
BAHKAN HANYA PAHLAWAN YANG TERENTU
' HEBAT' SAHAJA
MAMPU MEMETIKNYA
MUNGKIN BUKAN DIDUNIA
TAPI DI AKHIRAT KELAK

INSYA'ALLAH



BIARLAH JODOH BUKAN DIDUNIA
ASALKAN CINTA ILAHI MENGIRINGI

Tuesday, April 1, 2008

Zikir Harian


6 Petanyaan Imam Al-Ghozali



Imam Al Ghozali dikenal sebagai ulama besar. Di akhir hidupnya beliau lebih menekuni tasawuf. Karya besar beliau berjudul Ihya Ullumudin. Sedangkan karya yang lain adalah 'Tahafut Al-Falasifa' kerancuan berpikir ahlu filsafat. Buku ini menjadikannya polemik dengan Ibnu Rusdy (setelah Al-Ghazali meninggal).Imam Al Ghozali mempunyai 6 pertanyaan penting:
1. "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
2. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3. "Apa yang paling besar di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawah gunung, bumi,dan matahari.
Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
4. "Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.
Semua jawaban itu benar, kata Imam Ghozali. Tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
5. "Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.
6. "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Berhenti Sejenak.........................





Nasihat Hassan Al Banna


Hendaklah engkau menundukkan pandanganmu,
menekan emosimu, dan
memotong habis selera-selera rendah dari jiwamu,
bawalah ia hanya untuk menggapai yang halal lagi baik, dan
hijabkanlah ia dari yang haram, dalam apa keadaan sekalipun...

Islam dan Waktu








Written by Hasan al-Banna
Tuesday, 11 December 2007
Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)
Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihitung dan dicatat. ”Sebenarnya Kami sentiasa mendengar, dan utusan-utusan Kami pun sentiasa mencatat di sisi mereka.”(Az-Zukhruf: 80).”Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya, dan Dia mengutus kepada kalian malaikat-malaikat penjaga.”(Al-An’am: 61) Islam datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia tak akan kembali. Kerana itu, Abu Bakar ra. Pernah berdoa,”Ya Allah, janganlah Engkau siksa kami secara tiba-tiba.” Allah SWT. telah memerintahkan kita untuk menggunakan waktu dalam empat perkara: Pertama: Dalam perkara yang dapat menyelamatkan keagamaan kita, iaitu berupa ketaatan kepada Allah SWT. Ini terbahagi kepada dua:o Perkara-perkara yang difardhukan oleh Allah kepada kita dan tertentu waktunya, seperti salat, zakat, puasa, haji dan seterusnya.o Perkara-perkara yang dianjurkan oleh Allah kepada kita berupa amalan-amalan nafilah (sunnah), seperti tilawah Al-Quran, sodaqah, zikir dan membaca Selawat Nabi. Kedua: Dalam perkara-perkara yang juga memberikan manfaat kepada kita , berupa mencari rezeki yang halal untuk keperluan kita dan keluarga yang kita tanggung. Jika hal ini kita lakukan dengan ikhlas, ia menjadi amal ibadah. Rasulullah saw. Bersabda.”Barangsiapa di petang hari keletihan kerana bekerja, di petang itu dia mendapat ampunan.” Ketiga: Dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Itu merupakan bahagian dari bentuk penghampiran (qurbah) diri yang paling agung. Rasulullah saw. Bersabda, ”Barangsiapa keluar rumah untuk memenuhi hajat saudaranya, ia seperti orang yang melakukan iktikaf di masjidku ini selama sebulan.” Hal ini memuatkan hakikat bahawa manusia seluruhnya adalah ”keluarga” Allah. Orang yang paling dekat denganNya adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Kerana itu, engkau mesti dapat memberikan manfaat kepada mereka, sama ada dalam aspek material atau pun lainnya. Keempat: Dalam perkara yang dapat memberi ganti atas sesuatu yang hilang dari kita, iaitu waktu istirehat. Kerana sesungguhnya badanmu itu mempunyai hak yang harus kau tunaikan. Kerana itu, tentukanlah waktu khusus untukmu, yang di situ kamu dapat memperbaharui kegiatanmu dan menyegarkan kembali semangatmu. Itu dapat dilakukan dengan cara berenang, memanah, menunggang kuda, santai yang baik, dan jenis-jenis ketrampilan olahraga lainnya. Sayangnya kita telah terbiasa untuk tidak mengenal nilai waktu dalam berbagai aktiviti kehidupan kita. Kita tidak menghargai waktu sebagaimana mestinya dan kita menggunakannya untuk hal-hal yang tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, seperti menonton filem, teater, tarian dan menghadiri kelab-kelab yang penuh maksiat. Kita bertaqlid kepada Eropah secara buta, lebih mengutamakan kegiatan itu daripada kegiatan yang baik dan amalan-amalan yang bermanfaat. Kita memohon kepada Allah SWT. taufiq yang kekal serta hidayah menuju jalan yang paling lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu kita Muhammad, serta keluarga dan para sahabatnya.

FAKTA TRAGIS DI SEBALIK HARI APRIL FOOL


RIBUAN tahun lampau, Sepanyol berada di bawah pemerintahan islam. Ketika itu, kuasa umat islam di Sepanyol cukup hebat dan sukar ditewaskan malah amat disegani kawan dan lawan. Iri hati dengan kegemilangan pemerintahan islam ini, kaum nasrani di Barat berhasrat untuk merampas bumi Sepanyol itu daripada tangan umat islam sebagaimana negara-negara lain yang telah dikuasai dengan cara yang zalim dan penuh tipu muslihat.
Walaupun telah pelbagai usaha telah dilakukan untuk memenuhi hajat kotor itu, namun kegagalan demi kegagalan ditempuh disebabkan kekuatan iman umat islam ketika itu. Akhirnya, mereka telah menukar strategi dengan menghantar beberapa orang perisik untuk mengkaji kekuatan umat islam di Sepanyol.
Memang jelas, mereka menerima hakikat bahawa kekuatan umat islam terletak pada ketakwaan mereka. Maknanya, penghayatan mereka terhadap ajaran islam cukup tinggi di samping mengamalkan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah menerusi al-Quran. Pendek kata, al-Quran bukan saja dibaca, tetapi yang lebih penting ialah mengamalkan ajaran yang dikandunginya.
Kesannya, umat islam yang memiliki kekuatan iman ini tidak terpengaruh dengan hiburan yang boleh melemahkan jiwa serta menjauhi arak dan semua perkara yang diharamkan oleh islam.
Puak nasrani akhirnya menemui helah yang dikatakan mampu melemahkan umat islam iaitu dengan membekalkan alkohol dan rokok ke Sepanyol secara percuma (free of cost). Teknik ini memberikan hasil yang mereka hajati iaitu melemahkan keimanan generasi muda Sepanyol.
Teknik ini telah berjaya menghapuskan pengaruh islam dan menawan seluruh Sepanyol sekali gus memecahkan sejarah kegemilangan pemerintahan islam selama 800 tahun dengan kejatuhan Kota Gradana pada 1 hari bulan April. Sempena tarikh ini, puak nasrani merayakan April Fool atau ‘Hari Bodoh’ yang mana merak telah berjaya menipu uamt islam.
Menurut sumber lain, April Fool’s Day’ dipercayai disambut selepas kejatuhan kerajaan Sepanyol. Penduduk islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam ruamh masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera nasrani bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang islam dari Sepanyol. Maka bermula teknik dusta kaum nasrani apabila memberitahu umat islam bahawa dibenarkan berlayar keluar dari sepanyol dengan selamat bersama harta benda menggunakan kapal-kapal di pelabuhan.
Orang –orang islam yang risau dengan tawaran itu telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati , mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada waktu itu, tentera nasrani menggeledah kediaman umat islam dan kemudian membakar mereka hidup-hidup. Kapal –kapal pun turut dibakar.
Pihak nasrani kemudiannya menyerang muslimah dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera nasrani saban tahun di seluruh dunia.Tragisnya, orang islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut sama meraikan April Fool ’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seakidah.

Alam Cakerawala



: Alam Cakerawala
Kiriman: zakj27 pada Isnin, 07 Oktober, 2002 - 01:17 AM EST

Bukakanlah pandangan kita di alam yang luas ini. Apabila kita memandang kepada bumi yang bulat seperti bola ini, kita akan dapati ia merupakan satu makhluk Allah yang sangat besar jika dibandingkan dengan diri kita.
Tetapi apabila kita memandang pula ke angkasa lepas dengan segala bintang-bintang dan planet-planet yang ada padanya, tidak terbilang jumlahnya, tidak terkira besarnya dan tidak terukur jaraknya antara satu dengan lain.
Apabila kita dapat tahu pula dari apa yang telah dituliskan dan dijumpai oleh pengetahuan moden tentang bintang-bintang, tentang bilangan planet-planet, tentang saiznya, tentang beratnya, tentang jaraknya, tentang perjalanannya yang laju, nescaya lemahlah segenap akal kita untuk mengetahuinya.
Sebagai contohnya, matahari. Saiznya lebih besar dari bumi sebanyak 1 000 250 kali besarnya, malah di alam luas ini masih terdapat lagi bintang-bintang yang lebih besar dari matahari berkali-kali ganda. Begitu pula jarak matahari dengan bumi yang amat jauh iaitu 150 juta km (93 juta batu).
Semuanya ini beredar di orbit masing-masing dengan teratur, dengan sistem peraturan yang cukup rapi tanpa perubahan dan tanpa berlakunya perlanggaran. Itulah sunnatullah (peraturan dan undang-undang Allah) yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.
Unit ukuran bagi jarak antara bintang-bintang ialah tahun cahaya. Iaitu jarak yang dilintasi oleh cahaya di dalam setahun padahal halaju cahaya adalah 300 000 km sesaat (perjalanan sejauh 300 ribu km memakan masa hanya satu saat), jadi berapakah juta kilometer dalam setahun? ....... Allahu Akbar.
Ahli Falak (astronomer) berkata, bahawa di sana ada beberapa banyak bintang yang jauhnya dari kita beratus-ratus juta tahun cahaya. Benarlah Allah yang Maha Besar berfirman yang bermaksud :
" Maka Aku bersumpah dengan tempat letaknya bintang-bintang. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalau kamu mengetahui". (Surah Al-Waqiah:75)

Hukum Rai Valentine dan Jual Bunga


Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam?
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-

1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas, nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adapt semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Rajul: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Rajul: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Rajul: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.
Sekian
Ust Zaharuddin
26 Muharram 1428 = 14 Feb 2007

PROGRAM-PROGRAM SAHABAT




DISKUSI ILMI/USRAH
AKTIVITI MINGGUAN
SETIAP HARI ISNIN MALAM SELEPAS SOLAT ISYA’


RIADAH
AKTIVITI MINGGUAN
SETIAP HARI RABU
PUKUL 6.00 PTG DAN SABTU PUKUL 7:30 PAGI.


PUASA SUNAT
SETIAP HARI ISNIN DAN KHAMIS


QIYAMULAIL
AKTIVITI BULANAN
PADA SETIAP AWAL BULAN
HARI JUMAAT MALAM SABTU


STUDY GROUP
SETIAP HARI. *PELAJAR PEREMPUAN HANYA DIBENARKAN PADA WAKTU SIANG HARI SAHAJA.


AKTIVITI MINGGUAN DI PUSAT ISLAM





KEM REHLAH WANG MU 2008