Majlis berbuka puasa sempena Program Puasa sunat Isnin dan Khamis. Kepada pelajar yang berminat bolelah mendaftar nama dan datang ke Pusat Islam PTSS untuk berbuka puasa. Untuk maklumat lanjut dan mendaftar nama sila hubungi:
Wan Saifullah: 017-9845525 Nur Hasfaliza: 017-5561812 Program akhbar harian yang diletakan di Pusat Islam PTSS pada hari Isnin hingga Jumaat. Pelajar boleh membaca dan membuat bahan rujukan.
Aktiviti Usrah yang dijalankan pada setiap hari Isnin selepas solat Isya' di Pusat Islam PTSS. Kepada siswa dan siswi yang berminat boleh menyertai usrah sekali.....
USRAH ASAS PEMBENTUKAN KEROHANIAN
Tazkirah Bersama......
Berbuat baik ayuhai rakan, kalau tak dikenali insan, dalam laut ia dicampakkan. Kalau tak dikenal ikan, Tuhan tau baik atau bukan. ________________________
Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata..renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan....renung perbuatanmu, ia menjadi amalan... renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu. __________________________
Indah bukan pada zahir, tapi terletak pada tutur, terhampar pada pekerti, terserlah pada santun, tersentuh pada hati. Yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati. ___________________________
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang mengilau, sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati pendorong impian, sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. ___________________________
Harta yang paling menguntungkan SABAR, Teman yang paling akrab AMAL,Pengawal Peribadi yang paling waspada DIAM,Bahasa yang paling manis SENYUM,Ibadah yang paling indah KHUSYU'. ____________________________
Kejayaan yang hakiki mempunyai 3 syarat:Iman yang mendalam,Perancangan/ gerak kerja yang teliti,Usaha yang berterusan.(Imam Hassan Al-Banna)__________________________
Perkukuhkan bahteramu..kerana samudera ini amat dalam,perbanyakkanlah amalanmu..kerana perjalanan ini amat panjang,ikhlaskan amalanmu...kerana pencatatmu sungguh teliti. ___________________________
Teman yang paling baik adalah..apabila kamu melihat wajahnya, teringat akan ALLAH,mendengar kata-katanya,menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya,teringat MATI. ____________________________
Zuhudlah di dunia, nescaya kamu disayangi oleh Allah..dan janganlah tamak terhadap apa yang di tangan manusia, nescaya kamu akan disayangi manusia.. ____________________________
Biar betapa kasihnya kita kepada seseorang itu, ingatlah bahawa cinta kita hanya milik Allah..Berkasihlah sesama manusia, namun bercintalah dengan ALLAH.. ____________________________
Dunia adalah lautan yang dalam..dan telah banyak manusia yang tenggelam,justeru itu,sediakanlah perahu untuk belayar..dan ia adalah Taqwa kepada Allah..(Luqmanul- Hakim)________________________
Beauty of friendship is based on RESPECT,joy of friendship is based on TRUST,and strenght of friendship is based on LOVE TO ALLAH.. _____________________________
Lidah seorang bijak itu di belakang hatinya,jika ia berkata ia kembali kepada hatinya,maka jika baik baginya ia berbicara,jika tidak baik ia diam.Adalah mereka berkata,"Bahawa hati orang bodoh itu pada hujung lidahnya,tidak kembali pada hatinya, apa yang datang pada lidahnya dia ucapkan.."(Hassan Al-Basri)______________________________
Beku air mata kerana kerasnya hati,Kerasnya hati kerana banyaknya dosa,Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan,Panjangnya angan-angan kerana banyaknya dosa. ______________________________
Manusia, alaskan kepalamu dengan bantal kejujuran, rebahkan tubuhmu di atas tilam keikhlasan, selimutkan dirimu dengan kesetiaandan tidurlah
Mutiara Hadis............
"Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi." (Hadis riwayat Bukhari )
Mutiara Kata
‘Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati itu tak berteman.
‘APABIILA ENGKAU MENGEJAR KEHIDUPAN AKHIRAT, MAKA KEHIDUPAN DUNIA AKAN KAU PEROLEH, NAMUN APABILA KAU MENGEJAR KEHIDUPAN DUNIA, MAKA KEHIDUPAN AKHIRAT TIDAK AKAN KAU PEROLEH’
Waktu solat yang manakah pada anda sesuai untuk bersolat di Pusat Islam